Business
|
Latest Buzz
Sports
|
Entertainments
|
World News
| Pak Pandir Saga |
|
|
|
| Written by Laptop buruk | |
| Tuesday, 06 January 2009 | |
|
Original post onPGSRPJ08 Hari ini 4hb Januari, Pak Pandir begitu bangga dapat melaporkan diri sebagai Guru Siswazah di SMK Atap Genting, di satu bandar Atas Angin. Sebelum ini Pak Pandir bertugas selama 16 tahun sebagai Guru Bukan Siswazah di SK Atap Nipah. Sebagai seorang guru yang baru disiswazahkan oleh program PGSR, Pak Pandir begitu bangga sehingga senyumnya sampai ke telinga.Terima kasih kerajaan kerana mensiswazahkannya. Azam pada hari pertama berkobar-kobar, meluat-luat bergelora seperti ombak Laut Cina Selatan yang kena angin ekor naga. Kenapa tidak, ilmu di dada yang diperolehi semasa PGSR selama 4 tahun berkocak-kocak ingin keluar. Dari semalam lagi dah tak lena tidur. Dada berdebar semacam. Isteri montok di sebelah pun nampak semacam batang balak sahaja. Biasanya yang lepas-lepas, jika mata tidak mengantuk, cuit isteri je, seketika kemudian akan berdengkur macam kerbau kena sembelih. Kali ini entah kenapa mata asyik terkebil-kebil, macam cicak makan kapur. Terlintas di kepala, selama 16 tahun mengajar di SK, Pak Pandir bukanlah seorang guru yang efektif. Falsafahnya mudah- kerja ikut pendapatan. Masuk kelas pun apabila Guru Besar ada di sekolah bimbang Guru Besar nampak ponteng kelas dan memberi laporan prestasi bergaji statik. Lagi pun kenapa bersungguh-sungguh bersusah payah menjayakan pelajar, bukan akan dapat penghargaan pun. Pernah seorang pelajarnya mendapat 5A UPSR dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik negeri setelah dia bertungkus lumus siang malam tidak ingat anak bini. Namun semasa interview di TV, budak tu tak sebut langsung nama beliau, malah bapa budak tu seakan menafikan peranan guru-guru yang mengajar anaknya jadi pandai kerana asyik mendakwa anaknya dapat 5A kerana jadual study yang disusun oleh bininya di rumah. Jadi selama 16 tahun lepas Pak Pandir hanya melenggang masuk kelas. Budak tidak tahu membaca ke, tidak tahu mengira ke,kencing bertonggeng ke, itu bukan masalah Pak pandir. Itu cerita dulu, tetapi kini Pak Pandir guru Siswazah. Ada ijazah, golongan profesional mesti dengan azam baru dan tekad baru. Oleh kerana tidak sabar nak memulakan tugas sebagai guru siswazah dan tergesa-gesa, Pak Pandir telah tertinggal jam sewaktu keluar rumah. Dan kerana bimbang terlewat masuk kelas, Pak Pandir asyik bertanya rakan-rakan guru siswazah yang ditemui di bilik guru, di karidor, di kantin, di bilik pengetua, di tandas. "Pukul berapa sekarang?" 10 orang rakan guru ditanya, 10 jawapan yang berbeza diperolehi. "Laaaaaaa.Soalan begitu mudah pun sukar nak dapat jawapan yang tetap dan konsten, guru siswazah apa ni?" detik Pak Pandir dalam hati. ...Dan Pak Pandir miss lagi masuk ke kelasnya pada hari pertama sebagai guru siswazah kerana tertinggal jam!!!!. |
|
| Last Updated ( Tuesday, 06 January 2009 ) |
By FxFisherman.com Forex Community
Login
Login
My Magazine
|
Horoscopes
|
link with us
All you need to do is copy the appropriate code and paste into your HTML page: Contact us and include your code:
Malaysiakini
|
diy II
Open forex live account with Marketiva without prejudice. It is free, perhaps you will rewarded USD5.00 for free. Join Now and you may trading as low as $1.00.Get an account Now







![]() | Today | 110 |
![]() | Yesterday | 121 |
![]() | This week | 231 |
![]() | This month | 848 |
![]() | All | 31382 |

Thank You for browsing ataspagar.com. If you have articles or idea click menu on top. Post a comment by filling it in form at the end of the articles.Comments must be accompanied by names or pseudonyms.
Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected
time is gold
Kuala Lumpur |




















