|
Written by Administrator
|
|
Monday, 07 September 2009 |
|
Mungkin satu berita paling baik apabila Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu.
"Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam. (http://www.bharian.com.my 5/9/2009)
Kenyataan di atas mungkin melegakan sedikit hati kakitangan awam memandangkan keadaan ekonomi sekarang dan cadangan bonus tidak diberikan pada tahun ini.
Namun demikian semuanya bergantung kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang sedang berunding dengan Cuepacs.Senario ini nampaknya sama seperti tahun di mana setelah Tun Abdullah (PM ketika itu) berkata semuanya bergantung kepada KSN yang berunding dengan Cuepacs, akhirnya KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengeluarkan kenyataan “malu untuk memohon bonus”
Harap pisang tidak berbuah dua kali. Jika tidak nampaknya Tan Sri tidak boleh menjaga kebajikkan anak buah.
|
|
Last Updated ( Monday, 07 September 2009 )
|