Monday, 23 January 2017

Sarawak Report Dedahkan Dokumen “Jho Low Menjual Malaysia Kepada China”

Pada hari semalam, 31.12.2016, hari yang terakhir dalam tahun 2016, SARAWAK REPORT telah mengeluarkan satu laporan bertajuk : “Jho Low’s Price For Selling Malaysia Out To China Via The East Coast Rail Project”, yang antara lain mengatakan :

“Sarawak Report exposed Najib’s secret bail out plan for 1MDB, using the East Coast Rail Project, last July. Internal documents acquired by this site provided a breakdown of the entire cost of the project negotiated with the Chinese state company CCCC, which has already been banned by the World Bank because of its record of corrupt practice (see base of article).

The information showed that the construction company, together with the Malaysian Finance Ministry (Najib) had deceitfully agreed to inflate the cost of the entire project by over 100%, in order to hide the repayment of US$5.63 billion of 1MDB debt.”

2. Kalaulah apa yang dilaporkan di bawah, dengan disokong beberapa dokumen yang dikembarkan di sana adalah BENAR dan TEPAT, maka nescayalah satu lagi PENYELEWENGAN DANA RAKYAT sedang giat dilakukan bagi tujuan menutup SKANDAL PENYELEWENGAN DANA 1MDB!

3. Bukan sekadar PENYELEWENGAN DANA RAKYAT, malah jauh lebih buruk lagi, jika laporan di bawah adalah TEPAT dan BETUL, maka NAJIB RAZAK dan sekutunya SEDANG dan MASIH terus melakukan SALAH GUNA KUASA yang melampau dan menjurus kepada JENAYAH PENIPUAN dan JENAYAH PECAH AMANAH berkaitan DANA PERBENDAHARAAN MILIK RAKYAT!

Link asal laporan boleh diakses di sini; Sarawak Report

4. Justeru, sekali lagi, NAJIB RAZAK mempunyai cuma 2 pilihan, iaitu :

(a) beri PENJELASAN TELUS dan BENAR, untuk secara positif, meyakinkan rakyat bahawa laporan, berserta dokumen yang dikembarkan di sana, adalah bukan sahaja TIDAK BENAR dan PALSU, malah NAJIB RAZAK, hendaklah sekurang-kurangnya pada kali ini, teruskan dengan tindakan SAMAN FITNAH terhadap SARAWAK REPORT, serta penerbit Laporan di bawah, supaya Rakyat Malaysia dapat berbangga mempunyai seorang PERDANA MENTERI yang berani bersihkan nama negara !!!; atau

(b) UNDUR sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA secara serta-merta !!! Walau apa sekalipun, persoalannya adalah : ADAKAH MALAYSIA SELAMAT PADA TAHUN 2017 ?? !!!

SELAMAT ??? TAHUN BARU 2017 !!! DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

(Haniff Khatri)

You may also like